fbpx

Datuk kahwin cinta pertama ketika usia 86 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guilin dan Xiugui diraikan dalam majlis perkahwinan mereka pada 14 April lalu. – Must Share News

BEIJING – Seorang datuk berusia 86 tahun mengahwini cinta pertamanya semasa mereka  bergelar pelajar universiti setelah bertemu semula selepas terpisah selama beberapa dekad, lapor akhbar South China Morning Post kelmarin.

Zhou Guilin dari bandar Yiyang dalam wilayah Hunan berkahwin dengan Yang Xiugui, 81, pada 14 April lalu.

Pasangan itu dilaporkan menjalin hubungan cinta ketika belajar di Universiti Peking, namun berpisah selepas menamatkan pengajian.

Kedua-dua mereka kemudian berkahwin dengan pasangan pilihan masing-masing dan membina keluarga sendiri.

Namun, selepas pasangan mereka meninggal dunia, Guilin dan Xiugui bertemu kembali dan mula menjalin hubungan mesra seperti ketika berada di universiti sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Berdasarkan klip video yang dikongsi di media sosial, majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung secara  sederhana dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.

Antara yang menarik perhatian adalah paparan beberapa puisi menyentuh hati dengan salah satu daripadanya berbunyi: “Selama 60 tahun, bagaikan burung layang-layang yang terpisah, tiada buku brocade (buku teks pelajar kolej) yang mampu menceritakan betapa mendalamnya kerinduan ini. Kini  kami menulis cinta pertama kami semula.” – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI