fbpx

Budak autistik sempat potong kek sambut hari jadi sebelum hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR ARINA (kiri) dan Norhashimah menunjukkan gambar Adan yang mati lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Skudai berhampiran Kampung Sepakat Baru, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Keluarga kepada kanak-kanak autistik yang lemas di Sungai Skudai di Kampung Sepakat Baru, Senai, Kulai dekat sini tidak menyangka majlis sambutan hari kelahiran Mohamad Nor Ramadhan Mohamad Nor Syawal yang disambut awal adalah kali terakhir.

Ibu saudaranya, Nur Arina Abd Karim, 21, berkata, Mohamad Nor Ramadhan atau mesra dengan panggilan Adan sempat memotong kek hari lahirnya.

“Hari lahir Adan adalah pada 5 Mei nanti (Ahad), tetapi disambut awal bersempena Majlis Rumah Terbuka dan Hari Keluarga, semalam.

“Adan juga sempat memotong kek hari lahirnya sebelum dia disedari hilang. Hadiah hari lahir Adan masih berbalut lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Nur Arina memberitahu, ibu mangsa meletakkan selipar anak sulung daripada dua beradik itu di tempat tinggi kerana tidak mahu mangsa merayau-rayau ke luar rumah.

“Adan mempunyai tabiat tidak suka berkaki ayam apabila ke luar rumah, mereka memang tidak menyangka Adan akan ke belakang rumah yang berhampiran Sungai Skudai.

“Saya difahamkan selepas Adan potong kek, di masih ada di kawasan rumah sebelum disedari ahli keluarga telah menghilangkan diri. Satu kampung mencarinya dan menghubungi pihak bomba kerana dikhuatiri dia terjatuh ke dalam sungai,” katanya.

Menurut Nur Arina, sebelum ini Adan seorang yang agresif namun perwatakannya berubah sejak memasuki alam persekolahan tadika di Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kota Masai.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI