fbpx

KPM terima serahan tiga projek di SSAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri KPM di SSAS hari ini. -Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Projek penggantian trek sintetik, menaik taraf padang dan astaka Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS) yang telah selesai pembinaannya diserahkan secara rasmi kepada Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini.

Penyerahan itu dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan dengan disaksikan oleh Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek.

KPM memaklumkan, skop projek berkenaan antaranya melibatkan penaiktarafan padang sedia ada daripada jenis rumput asli kepada rumput sintetik yang melibatkan kos sebanyak RM9,058,000.

Selain itu, projek itu turut menjadi projek pertama di Putrajaya dan Sekolah Berasrama Penuh (BSP) yang menerima pengiktirafan daripada dua badan sukan antarabangsa iaitu International Rugby Board (IRB) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Projek berkenaan diluluskan di bawah peruntukan pembangunan KPM berikutan permukaan padang tidak lagi kondusif dan permukaan trek yang merisikokan kecederaan kepada pelajar.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SSAS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau berharap penyerahan projek berkenaan dapat menjadi suntikan semangat kepada para pelajar serta guru.

“Saya usahakan projek ini kerana SSAS adalah sebuah ‘showcase school’. Maknanya kalau ada dalam kalangan mereka yang datang dari luar negara untuk lawatan, maka sekolah ini jadi tatapan.

“Sebab itu lah kualitinya harus dipertingkat, ditambah pula dengan pencapaian anak-anak di sekolah ini yang berada di paras yang amat membanggakan. Jadi dengan adanya pencapaian itu, saya perlu membawa satu hadiah kepada anak-anak di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri KPM di SSAS hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI