fbpx

Nelayan Kijal terima bantuan EPIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Tuah (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada salah seorang daripada 100 nelayan Kijal di Dewan Sivik Kijal dekat Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seramai 100 nelayan sekitar Kijal dekat sini yang tidak dapat turun ke laut akibat musim tengkujuh pada masa ini lega menerima bantuan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pasific Industrial Corporation (EPIC) Berhad.

Mereka masing-masing yang rata-rata terdiri daripada nelayan tradisional menerima bantuan barangan keperluan seperti minyak masak, beras dan gula dan wang tunai RM100.

Salah seorang nelayan, Azman Ibrahim, 51 berkata, dia dan rakan-rakan sudah beberapa minggu turun ke laut untuk mencari rezeki ekoran laut bergelora.

Dia yang berasal dari Kampung Ibai, Kijal dekat sini, bantuan daripada EPIC berkenaaan sangat bererti untuk keluarganya bagi mengharungi kehidupan pada musim tengkujuh dan pandemik Covid-19.

“Wang tunai yang diterima, akan saya simpan untuk digunakan bagi membeli sebahagian persiapan persekolahan tiga anak saya pada tahun depan,” katanya di Dewan Sivik Kijal dekat sini hari ini.

Terdahulu dia ditemui selepas menerima bantuan sempena program EPIC Cakna dan Prihatin daripada Ketua Pegawai Strategik Kumpulan EPIC, Noor Tuah Jaafar.

Sementara itu, Noor Tuah berkata, program EPIC Cakna dan Prihatin tersebut disasarkan kepada golongan nelayan yang kurang berkemampuan dan terjejas pendapatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI