fbpx

Lewandowski ragu kemampuan Kane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE kekurangan enam gol berbanding rekod dipegang oleh Lewandowski berbaki tiga perlawanan melibatkan Bayern musim ini. - AFP

BARCELONA – Bekas penggempur Bayern Munich, Robert Lewandowski percaya penyerang baharu gergasi Bundesliga itu, Harry Kane tidak mampu untuk memintas pencapaianya yang dilakukannya untuk muncul penjaring gol terbanyak semusim pada kempen kali ini.

Lewandowski berjaya memecahkan rekod 40 gol Gerd Muller pada musim 2020/21 selepas menjaringkan 41 gol untuk Bayern dalam semua kejohanan dan Kane ketika ini sudah mengumpul 35 gol ketika kelab itu hanya mempunyai tiga lagi perlawanan berbaki.

Penyerang Barcelona itu percaya, enam gol yang perlu dihasilkan Kane dalam tiga perlawanan bukan suatu yang mudah, namun memuji persembahan cemerlang dipamerkan pemain itu sepanjang saingan musim ini.

“Apa yang Kane capai dalam musim pertamanya di Bayern adalah luar biasa. Tidak ada sesiapa yang boleh menjangkakan itu. Mengenai rekod itu, Kane perlu mendapatkan enam gol dalam tiga perlawanan dan ia akan menjadi sangat sukar,” jelas Lewandowski.

Bagaimanapun, Kane percaya pemburuan jumlah gol berkenaan dengan perlawanan yang berbaki bukanlah sesuatu yang mustahil, namun dia perlu melakukan sesuatu yang benar-benar istimewa dalam setiap perlawanan.

“Ia tidak mustahil, tetapi saya perlu segera, meledak beberapa gol dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Seperti yang saya katakan, peluang sentiasa ada dan mampu dicapai. Semuanya bergantung pada tiga perlawanan terakhir,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN