fbpx

Kerajaan mungkin tewas undian bacaan kali ketiga Bajet 2021 esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Ada kemungkinan kerajaan tewas dalam undian Bajet 2021 esok di Parlimen ketika bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang Perbekalan 2021.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mendedahkan perkara itu ketika menjelaskan mengenai keperluan mempunyai kerajaan yang berminat untuk memajukan negara.

“Jika kerajaan kalah (undi), saya berharap mereka yang berada dalam Parlimen akan berfikir mengenainya, dan bukannya mengenai diri masing-masing,” katanya pada sidang akhbar bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di Yayasan Al-Bukhary di sini hari ini.

Katanya, negara akan memerlukan kerajaan baharu sekiranya kerajaan kalah pengundian esok.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut mengenai jajaran baharu politik sekiranya kerajaan tumbang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI