fbpx

Kenaikan gaji penjawat awam akan dilulus dengan bergaya di Parlimen – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya.-Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan bagi menaikkan gaji penjawat awam akan dilulus di Parlimen secara bergaya sebelum ia dilaksanakan pada 1 Disember nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia setelah mengambil kira sokongan yang diterima daripda Ahli Parlimen termasuk ketua parti politik negara.

Katanya, antara yang memberi sokongan berkenaan adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya nak ucap terima kasih kepada keluarga penjawat awam umumnya, kerana sambut begitu baik pengumuman ini. Tetapi kita tidak boleh halang beberapa kenyataan yang hambar.

“Satu, ini pengumuman Anwar untuk laksana Disember mana tahu Parlimen tak lulus? saya nak tanya Ahli Parlimen mana yang nak bantah? kalau bantah kita humban pada pilihan raya akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan sokongan itu juga ia sudah cukup majoriti dalam memenuhi hasrat itu di Parlimen nanti.

“Ini sudah cukup majoriti, saudara-saudara jangan bimbang Insha-Allah Parlimen akan luluskan dengan bargaya keputusan kita ini supaya kita dapat laksana 1 Disember ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI