KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan akan bekerjasama dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi menyumbangkan pengalaman mereka dalam bidang politik dan pentadbiran supaya negara Malaysia kembali maju.
Tun Dr. Mahathir berkata, ahli-ahli politik di Malaysia tidak berminat untuk memajukan Malaysia sebaliknya membuang masa bermain politik.
“Kita perlu hidupkan semula dasar majukan negara..bukan untuk diri sendiri, bukan untuk parti, tapi untuk negara,” katanya pada sidang akhbar bersama Tengku Razaleigh Hamzah di Yayasan Al-Bukhary di sini hari ini. -K! ONLINE