fbpx

Awas! Jangan dengar suami orang mengadu masalah – Che Ta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE Ta mengingatkan wanita agar tidak melayan lelaki yang suka mengadu masalah rumah tangga.

PETALING JAYA – Terpanggil mengingatkan wanita agar jangan terpedaya dengan ‘air mata buaya’, pelakon Rozita Che Wan, 51, menyifatkan suami orang yang gemar meluahkan masalah rumah tangga sebagai lelaki gatal.

Pemilik nama sebenar Rozita Abu Bakar atau mesra disapa Che T itu berkata, tujuan berkongsi cerita hal dalam kain dengan orang luar antara cubaan menarik perhatian perempuan lain.

“Pesanan khidmat masyarakat ini untuk anak-anak dara yang tak mahu terjebak dengan suami orang.

“Kalau ada suami orang nak mengadu masalah, jangan dengar. Dia sebenarnya bukan nak mengadu masalah dia, dia nak menggatal,” katanya dalam video di TikTok.

Isteri kepada pelakon Zain Saidin itu turut memberi amaran kepada kaum hawa agar menjauhi individu yang mempunyai ciri-ciri penggoda.

Ujarnya, hubungan terlarang boleh dielakkan sekiranya wanita tidak bertindak sebagai penyelamat.

“Tak payah nak selamatkan rumah tangga dia, selamatkan diri sendiri daripada jantan gatal macam itu.

“Kalau jumpa suami orang dengan ular, ketuk dulu suami orang tu dulu. Itu semua punca.

“Kalau tak nak ada ‘affair’ dengan suami orang elak dari awal,” ujarnya.

Lebih melucukan apabila anaknya, Aaisyah Dhia Rana turut terkena tempias bebelan pelakon drama Kiah Pekasam itu.

Menerusi ruangan komen, netizen sependapat dengan Che Ta, selain meletakkan kesalahan menjalin hubungan sulit kepada kedua-dua pihak.

Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Dua-dua sama sahaja,” ujar seorang peminat.

“Betul, tak perlu nak jadi penyelamat sangat. Jaga diri sendiri,” kata netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI