fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Sarawak sehingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di Sarawak sehingga tengahari nanti.

Menurut MetMalaysia dalam kenyataannya, kawasan yang terlibat adalah di Bintulu dan Miri (Subis dan Beluru).

“Dalam pada itu, keadaan cuaca baik dan cerah diramalkan di pantai barat, utara dan timur Semenanjung.

“Walau bagaimanapun, cuaca lembab dijangkakan berlaku melibatkan hampir kesemua negeri tetapi lebih tertumpu di bahagian pedalaman dan pantai barat di negeri Perak sehingga ke Johor,” ujarnya.

Sementara itu, hujan masih lagi dijangkakan berlaku melibatkan beberapa kawasan di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu pada petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI