PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan percepatkan laporan berhubung penubuhan Suruhanjaya Pekerja GIG.
Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata laporan interim itu akan dibentangkan pada Jun ini dan laporan penuh berhubung perkara itu akan siap dalam dua atau tiga bulan selepas itu.
“Kita (Kesuma) sedang melakukan kajian dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) dan laporan interim dijangka dibentang kepada Kabinet menjelang 1 Jun.
“Selepas itu, dalam masa dua atau tiga bulan kita akan membentangkan laporan penuh tentang fungsi, perundangan, keahlian, implikasi kewangan, bidang kuasa dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Hari Pekerja di sini, hari ini.
Terdahulu, dalam ucapan pada sambutan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar penuhuhan Suruhanjaya Pekerja GIG dapat disegerakan.
Anwar berkata, penubuhan ini adalah bagi memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan. – KOSMO! ONLINE