fbpx

Pegawai kanan Kada disyaki buat tuntutan palsu dicekup SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu

Menurut sumber, lelaki yang berusia 40-an itu ditahan ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Katanya, lelaki itu dipercayai membuat beberapa tuntutan palsu berkait program Kada sejak tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu.

Katanya, pegawai kanan terbabit direman pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI