fbpx

Perincian SSPA diumum pada Belanjawan 2025 Oktober ini – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika ditemui pemberita selepas sambutan Hari Pekerja 2024 di Putrajaya, hari ini. FOTO FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Perincian lanjut kenaikan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan dibentangkan sepenuhnya pada Belanjawan 2025 yang dijangka pada Oktober ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, pengumuman mengenai pelarasan gaji yang menyaksikan kenaikan melebihi 13 peratus itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, ia satu pengumuman positif buat penjawat awam memandangkan kali terakhir kenaikan adalah sekitar 13 peratus.

Pada masa sama, katanya, Perdana Menteri turut memberikan komitmen kepada pekerja swasta mengenai projek rintis dasar gaji progresif membabitkan 1,000 syarikat tempatan yang akan bermula Jun ini.

Berikutan pengumuman itu, Fahmi berkata, untuk tahun ini ia akan menyaksikan peningkatan gaji dalam sektor kerajaan dan swasta yang agak tinggi.

Selain itu, Fahmi berkata, apa yang diumumkan ini tidak dapat dilaksanakan tanpa perjuangan 16.5 juta pekerja di negara ini untuk membanteras rasuah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI