fbpx

19 maut lebuh raya runtuh di Guangdong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebuh raya di antara bandar Meizhou dan daerah Dabu runtuh sekitar pukul 2.10 pagi (waktu tempatan). - WEIBO

BEIJING – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh selepas sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh, lapor media pemerintah hari ini. 

Penyiar tempatan, CCTV melaporkan, lebuh raya di antara bandar Meizhou dan daerah Dabu di wilayah berkenaan runtuh sekitar pukul 2.10 pagi (waktu tempatan).

“Sehingga pukul 11.45 pagi (waktu tempatan), 19 mangsa disahkan meninggal dunia, manakala 30 lagi menerima rawatan kecemasan di hospital,” kata CCTV.

Tambahnya, keadaan mangsa yang dimasukkan ke hospital tidak kritikal, namun tiada kenyataan berhubung kecederaan mereka.

Rakaman video yang dimuat naik di media sosial oleh saluran berita tempatan menunjukkan api dan asap keluar dari sebuah lubang gelap yang dalam, di mana beberapa kenderaan dilihat menjunam.

Pihak berkuasa menghantar kira-kira 500 pegawai dari jabatan yang berbeza ke lokasi kejadian bagi membantu operasi menyelamat, lapor CCTV.

Menurut pihak berkuasa tempatan menerusi notisnya, sebahagian lebuh raya S12 ditutup di kedua-dua arah, manakala pemandu diarahkan untuk meninggalkan kawasan berkenaan.

Punca kejadian masih belum dinyatakan.

Beberapa minggu kebelakangan ini, Guangdong dilanda banjir besar dan puting beliung yang membawa maut disebabkan hujan lebat yang melampau. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI