fbpx

Dapur bijih timah hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dapur melebur bijih timah di sebuah kilang di Butterworth terbakar hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebuah dapur melebur bijih timah di sebuah kilang pembuatan produk besi di Bagan Luar, Butterworth di sini hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya bergrgas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.29 petang.

“Ketika tiba, bomba mendapati sebuah dapur melebur bijih timah berkeluasan kira-kira 4,200 kaki persegi telah terbakar, namun tidak membabitkan mangsa.

“Kebakaran itu melibatkan 60 peratus struktur berkenaan dan api berjaya dikawal pada pukul 1.42 petang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Operasi berkenaan dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI