fbpx

Syarikat aiskrim premium nafi lantik Ruhainies sebagai duta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syarikat pengeluar jenama aiskrim premium terkenal menafikan desas-desus bahawa pihak mereka melantik Ruhainies sebagai duta.

PETALING JAYA – “Pihak kami kekal tidak melantik mana-mana selebriti tempatan.”

Demikian penjelasan pengeluar jenama aiskrim premium terkenal, sekali gus menafikan melantik pelakon kontroversi Ruhainies mempromosikan produk keluaran mereka.

Menurut kenyataan syarikat itu, setakat ini komitmen mereka adalah untuk menyajikan produk terutama coklat yang berkualiti kepada penggemar.

“Kami terus memberikan komitmen dengan menyajikan produk keluaran kami terutama kepada pelanggan,” ujar perkongsian itu lagi.

Langkah itu diambil susulan ‘serangan’ netizen yang meninggalkan komen dalam Instagram rasmi jenama terbabit selepas aktres tersebut memuat naik gambar aiskrim keluaran syarikat terbabit dalam InstaStory miliknya.

Penjelasan pihak berkaitan juga dipercayai bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan netizen yang mengugut mahu menjalankan gerakan boikot.

Sebelum itu seorang individu meninggalkan komen meminta pengurusan syarikat terbabit menjalankan semakan latar belakang seseorang selebriti sebelum dilantik sebagai duta.

Semakan mendapati tindakan Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, menyertakan ‘tag’ kepada akaun laman sosial jenama itu antara punca yang membuatkan orang ramai salah faham.

Menerusi Insta Story semalam, Ruhainies, berkongsi foto aiskrim coklat yang dibeli dengan kapsyen menyukai jenama tersebut bersama akronim SAU yang tidak diketahui maksudnya.

“Ruhainies buat Insta story sebut jenama ini. Netizen salah faham ingat syarikat itu lantik Ruhainies jadi duta, lalu mula ‘attack’ dekat ruangan komen Instagram.

“Maka, terpaksalah buat kenyataan berikut,” tulis pengguna platform X yang berkongsi hantaran jenama terkenal itu.

Perkongsian dibuat turut meraih maklum balas netizen yang kebanyakkannya menyifatkan pengurusan syarikat membuat langkah bijak.

Tambahan pula dalam situasi panas sejak aktres terbabit ditahan khalwat dengan pelakon Aliff Aziz sehingga pendedahan kekasih aktor itu, Sarah Yasmine, ramai masih menyimpan perasaan marah terhadapnya.

Sejak kontroversi tercetus, netizen mendesak pengeluar produk atau penyedia perkhidmatan tidak mengambil pelakon itu sebagai duta atau berdepan risiko diboikot. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI