fbpx

[VIDEO] Waris kekal bantah pemindahan kubur Selat Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ahli waris yang hadir membantah proses pemindahan kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KLANG – Waris dan ahli keluarga kekal membantah penggalian dan pemindahan kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini, bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Mereka turut mahu keputusan sebulat suara diperoleh dengan mengumpul kesemua waris dalam pertemuan khas di Dewan Hamzah, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) pada Ahad ini.

Salah seorang waris, Aminnullah Kamarudin, 39, dia membantah sepenuhnya pemindahan kubur arwah ibunya itu kerana lokasi berkenaan berada di kawasan tanah wakaf.

Tegas beliau, pihak berkaitan perlu mengambil kira sensitiviti isu itu dengan menggunakan laluan lain tanpa menyentuh pusara yang kebanyakannya hanya dua tahun dikebumikan.

“Saya bukan memikirkan soal pampasan namun tanah wakaf bagi kubur tidak sepatutnya dijadikan sebagai laluan ECRL, saya kekal membantah kerja penggalian dan pemindahan itu selain mahu jalan penyelesaian tuntas diputuskan pihak bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan itu di sini, hari ini.

Terdahulu, lebih 200 waris dan penduduk setempat menyertai pertemuan selama sejam bersama wakil Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai isu tersebut.

Tinjauan mendapati kawasan kubur yang ditutupi zink itu turut dikawal puluhan anggota polis dengan dihadiri Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong.

Bagi seorang lagi waris, Hazlina Hasbullah, 48, dia kecewa pemakluman mengenai kerja pemindahan itu tidak dilakukan secara lebih awal.

Dalam pada itu, wakil JAIS berkata, pihaknya masih mengesan 20 lagi waris bagi menyelesaikan isu tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI