fbpx

Hujan, ribut petir di tujuh negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat serta ribut petir di kebanyakan kawasan di Semenanjung dan Sarawak sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan dan ribut petir akan melanda beberapa tempat di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta selatan Johor.

Selain itu, hujan dan ribut petir juga dijangka melanda beberapa kawasan di selatan dan pedalaman Sarawak yang dijangka akan berlanjutan sehingga ke lewat malam.

“Hujan dan ribut petir akan berlaku di beberapa kawasan Perak (Manjung, Kuala Kangsar, Perak tengah, Hilir Perak), di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak), Melaka, Negeri Sembilan serta di selatan Johor (Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

“Hujan dan ribut petir juga dijangka berlaku di pedalaman Sarawak (Kuching, Sri Aman, Sibu, Kapit dan Bintulu) dan dijangka hujan serta ribut petir akan berlanjutan sehingga ke malam ini,” ujar kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI