fbpx

Dewan Rakyat kecoh Ahli Parlimen dikuarantin masuk Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh semasa pengundian secara belah bahagi untuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi
Kementerian Wilayah Persekutuan mahu dijalankan.

Ia apabila Ahli Parlimen pembangkang membangkitkan kebimbangan mengenai keselamatan mereka ekoran Ahli Parlimen yang sedang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat.

Pertelingkahan mulut berlaku antara Ahli Parlimen Pembangkang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berhubung perkara itu menyebabkan sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang bertindak meninggalkan Dewan Rakyat tanpa mengundi.

Terdahulu, Ahli Parlimen pembangkang bertanya kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat mengapa Ahli Parlimen yang ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19 dibenarkan masuk Dewan Rakyat dan Azhar menjawab kerana mereka mahu mengundi.

Seorang Ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati dengan jawapan Azhar berteriak mereka mempunyai anak dan isteri dan meminta Dewan Rakyat jangan menggadaikan keselamatan Ahli Parlimen.

“Pada Khamis lalu seorang Ahli Parlimen tidak patuhi perintah kuarantin dan datang mengundi. Saya tidak mahu itu berlaku lagi sebab itu saya aturkan perkara ini.

“Pada pemikiran saya daripada orang tidak patuh perintah kuarantin lebih baik saya aturkan pengundian ini. Mereka sebenarnya telah didapati negatif covid-19,” kata Azhar.

Beliau sebelum itu telah memaklumkan Ahli Parlimen yang menjalani perintah HSO dibenarkan hadir ke persidangan Dewan Rakyat semalam dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Mereka ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, dan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran.

Azhar kemudian mengumumkan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi
Kementerian Wilayah Persekutuan diluluskan selepas hasil undian menunjukkan seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, tidak setuju (7), tidak mengundi (31) dan tidak hadir (72). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI