fbpx

Pengerusi Koperasi Felda Palong Empat didakwa salah guna wang koperasi RM 422,440

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan menyalahgunakan wang koperasi tersebut sebanyak RM422,440 lebih tiga tahun lalu. -Foto NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

SEREMBAN – Seorang pengerusi koperasi di Felda Palong, Gemas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan menyalahgunakan wang koperasi tersebut sebanyak RM422,440 lebih tiga tahun lalu.

Tertuduh, Zainor Ishak, 73, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Berdasarkan pertuduhan, sebagai Pengerusi Koperasi Felda Palong Empat Negeri Sembilan Berhad, tertuduh telah dengan secara tidak jujur menyalahgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang sejumlah RM422,440.00 daripada akaun Maybank milik koperasi berkenaan.

Perbuatan itu dilakukan diantara bulan Ogos 2020 hingga November 2021 di sebuah bank di Jalan Tampin, Gemas.

Warga emas itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Azriff Firdaus Mohammad, manakala, tertuduh diwakili Shahidah Muslimah Roslan.

Pihak pendakwaan kemudiannya menawarkan wang jaminan sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin, serta syarat tambahan.

Tertuduh dalam rayuannya melalui Shahidah Muslimah memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan dengan alasan tertuduh masih menanggung seorang isteri dan empat cucunya yang merupakan anak yatim.

“Tiga anak orang kena tuduh (OKT) telah berkahwin dan mempunyai komitmen masing-masing. Untuk makluman, empat cucu OKT anak yatim memandangkan ayah meninggal dunia sebab demam panas.

“OKT juga sudah berkhidmat dalam Felda 1982 yang mana lebih kurang 42 tahun sudah berkecimpung dan menyumbang bakti kepada masyarakat,” katanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat SPRM Seremban pada Sabtu pertama setiap bulan dan menyerahkan passport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 30 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI