fbpx

Projek pengepaman HORAS 600 bakal bermula Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin memberi ucapan pada Majlis Penyerahan RiDE di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Projek pengepaman air mentah daripada kolam takungan HORAS 600 di Sungai Selangor bagi mengelakkan gangguan bekalan air akibat pencemaran bakal dilaksanakan seawal Januari tahun depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek itu dalam fasa akhir untuk penilaian tender kepada syarikat yang berkelayakan.

“Kita harus menghormati proses perolehan tender yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan sekiranya tender itu diluluskan, projek itu akan bermula seawal Januari tahun depan.

“Pengepaman air daripada HORAS 600 itu akan menyalurkan air kepada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa pertama (SSP1), SSP2 dan SSP3 serta LRA Rantau Panjang,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, di sini, hari ini.

Jelas Amirudin, air yang dipam ke dalam LRA itu mampu membekalkan air kepada pengguna selama lima hari.

“Projek ini mengambil masa 15 bulan untuk disiapkan kerana banyak gerak kerja yang perlu dilakukan.

“Kita telah berjumpa dengan beberapa pakar pemulihan air dan mereka mengatakan bahawa kaedah yang bakal dilaksanakan kerajaan negeri ini adalah paling berkesan sekiranya berlaku krisis pencemaran,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI