fbpx

Piala Asia B-23: Uzbekistan tangguhkan hajat Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Uzbekistan (jersi putih) meraikan jaringan kedua yang terhasil menerusi gol sendiri pemain Indonesia, Pratama Arhan pada aksi separuh akhir Piala Asia B-23 di Stadium Abdullah Bin Khalifa, sebentar tadi. - AFP

KUALA LUMPUR – Hasrat Indonesia untuk layak ke Sukan Olimpik lebih awal tidak terlaksana apabila tewas 0-2 kepada Uzbekistan pada aksi separuh akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) di Stadium Abdullah Bin Khalifa, sebentar tadi.

Ini bermakna skuad kendalian Shin Tae-yong harus menang pada aksi penentuan tempat ketiga, Khamis ini bagi melengkapkan tiga slot automatik ke Sukan Olimpik sekaligus mengelak bermain pada perlawanan playoff bertemu wakil benua Afrika, Guinea.

Kejayaan ini juga menyaksikan Uzbekistan berjaya mengulangi pencapaian dua tahun lalu yang menyaksikan mereka muncul naib juara selepas tewas 0-2 kepada Arab Saudi yang menoktahkan kejuaraan sulung di Piala Asia B-23.

Aspek penguasaan permainan nyata menjadi milik Uzbekistan yang mengawal 62 peratus aksi di babak pertama namun seakan tidak bernasib baik untuk memperoleh jaringan pembukaan.

Peluang terbaik Uzbekistan hadir pada minit ke-30 sebaliknya rembatan Abdurauf Bo’riyev dari luar kotak penalti sekadar singgah di palang gol namun Indonesia juga wajar mendapat pujian kerana kekal berdisiplin melaksanakan arahan Tae-yong.

Walaupun Uzbekistan terus mendominasi permainan di babak kedua, gawang mereka tetap bocor pada minit ke-61 namun pemeriksaan Video Bantuan Pngadil (VAR) menyaksikan pengadil bertugas, Yinhao Shen membatalkan jaringan Muhammad Ferarri selepas Ramadhan Sananta terlebih dulu dikesan berada di kedudukan offside.

Selang tujuh minit selepas itu, Husain Norchaev akhirnya meletakkan Uzbekistan di depan dan minit ke-72, skuad White Wolves sepatutnya makin selesa sebaliknya rembatan Abbosbek Fayzullaev sekadar singgah di tiang gol.

Minit ke-84 Indonesia makin tertekan apabila ketua pasukannya, Rizky Ridho dilayangkan kad merah dan selang dua minit selepas itu, Pratama Arhan seakan tersilap langkah untuk ‘menghadiahkan’ gol kedua buat Uzbekistan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI