fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Anwar pesan jauhi fitnah, provokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

HULU SELANGOR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan pesanan kepada jentera Kerajaan Perpaduan untuk berkempen secara sihat dan menjauhi fitnah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Setiausaha Politik Kanan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin berkata, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berharap agar semua pihak yang berkempen tidak memanipulasikan fakta untuk memburukkan pencabar.

“Kita nak elakkan kempen kali ini (jauh daripada) kempen fitnah, kempen yang memburukkan personaliti dan mengambil sikap penyelewengan fakta dan provokasi antara kaum.

“Biarlah kempen ini (dilakukan secara) sihat, ini PRK yang pertama kali (diadakan) pada tahun ini dan ianya berlaku di Selangor,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama, di sini hari ini.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Mengulas lanjut, Shamsul Iskandar berkata, kerjasama baik yang diwujudkan antara kerajaan negeri dan persekutuan perlu dikekalkan di DUN tersebut.

“Ia perlu diteruskan dengan program-program yang telah disusun oleh mendiang Lee Kee Hiong. Saya percaya calon mewakili PH dan Kerajaan Perpaduan akan membawa kesinambungan.

“Saya harap pengundi-pengundi Kuala Kubu Baharu mensia-siakan peluang ini. Kita tidak mahu memilih seorang wakil yang akhirnya tidak boleh membuat apa-apa,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI