fbpx

Langkawi bakal miliki LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (berdiri tengah) bersama Dr. Haim Hilman (tiga dari kiri) menyaksikan pemeteraian MoU antara PKB dan RETD di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Satu kajian khusus mengenai perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) yang menggunakan sistem teknologi levitasi magnet (maglev) dan pembangunan berorientasikan transit (TOD) akan dilakukan di Pulau Langkawi, dekat sini.

Perancangan itu menyaksikan kerjasama antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dengan syarikat Korea Selatan, Royal Eco Train Development (RETD) serta Syarikat Q-Plex untuk mengkaji teknikal, sudut geografi dan impak ekonomi kepada penduduk tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi Inovasi negeri, Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, kajian menyeluruh itu dijangka mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk disiapkan oleh RETD.

“Hasil dapatan kajian ini yang akan menentukan panjang jajaran, stesen dan prasarana-prasarana berkaitan tetapi pada dasarnya kita merancang untuk membangunkan perkhidmatan ini dari Terminal Feri Kuah ke Pantai Chenang.

“Projek ini akan dilaksanakan secara berfasa sebelum dikembangkan ke destinasi pelancongan lain yang terdapat di Langkawi agar kita dapat memiliki rangkaian pengangkutan terbaik di Asia atau dunia,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara ketiga-tiga pihak itu yang disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor di Wisma Darul Aman hari ini.

Bagaimanapun, Haim Hilman tidak memberikan jangkaan bila projek tersebut bakal dibangunkan termasuk kos kerana perkara itu bergantung kepada dapatan hasil kajian berkenaan kelak.

Katanya, perancangan itu mengambil kira keperluan Langkawi untuk melakukan perubahan terhadap sektor pengangkutannya agar dapat mengekalkan pulau itu sebagai destinasi pelancongan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI