NAIROBI – Sekurang-kurangnya 42 orang meninggal dunia apabila tebing sebuah empangan pecah dalam tragedi dekat sebuah bandar di lembah Rift Valley, Kenya, kata gabenor tempatan hari ini.
“42 orang terbunuh, namun anggaran ini tidak tepat. Masih terdapat lebih ramai mangsa tertimbus di dalam lumpur. Kami masih berusaha untuk mengeluarkan mereka,” kata Gabenor Nakuru, Susan Kihika.
Insiden empan pecah hari ini mengakibatkan angka korban semasa musim hujan di Kenya yang berlaku antara bulan Mac hingga Mei, meningkat kepada 120 orang.
Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah Kenya berkata bahawa pihaknya menemui dua mayat selepas sebuah bot membawa ‘ramai orang’ karam di Sungai Tana, timur Kenya pada hujung minggu lalu.
Menurutnya, seramai 23 mangsa lain berjaya diselamatkan. – AFP