fbpx

Menteri Pertama Scotland dijangka letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUMZA bercakap di Parlimen Scotland pada 25 April lalu. – AFP

EDINBURGH  –  Humza Yousaf dijangka meletak jawatan sebagai Menteri Pertama atau ketua menteri Scotland sebelum beliau berdepan dua sesi undi tidak percaya pada minggu ini, lapor media Britain.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), The Times dan akhbar lain melaporkan bahawa  Humza yang memimpin Parti Nasional Scotland (SNP), dijangka mengundurkan diri  selepas lebih setahun memegang jawatan tersebut.

Ahli politik berusia 39 tahun itu berdepan penentangan daripada parti Scottish Greens yang membentuk kerajaan campuran bersama SNP.

Kerajaan pimpinan Humza terdahulu meminggirkan pelan untuk mencapai sasaran sifar karbon yang membangkitkan kemarahan Scottish Greens.

Pihak pembangkang kemudian mengemukakan undi tidak percaya terhadap Humza yang dikatakan akan diadakan di Parlimen Scotland seawal Rabu ini.

Sebuah lagi parti politik mengemukakan satu lagi usul undi tidak percaya terhadap kerajaan pimpinannya.

Beliau juga dikatakan berdepan kesukaran untuk menang undi tersebut selepas tiga parti utama menyatakan bahawa mereka akan mengundi menentang Humza. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI