PETALING JAYA – Jamuan hari raya di sebuah sekolah menjadi perhatian apabila salah seorang gurunya menyediakan tose yang dimasak sendiri di dalam kelas untuk anak-anak muridnya.
Menerusi perkongsian video di TikTok Saiful_adli80, seorang guru wanita dilihat memasak tose di atas dapur kecil dan dihidangkan terus kepada murid-murid dan guru-guru lain.
Difahamkan jamuan tersebut dilakukan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji usaha guru tersebut untuk menggembirakan hati anak-anak muridnya.
“Sama, setiap kali raya saya buat tose, kari ayam dan cutni. Jiran-jiran datang minta sanggup tunggu tose siap. Kalau keturunan mamak, memang wajib buat,” kata Jida.
“Bagusnya cikgu siap bawa dapur nak bagi murid makan panas-panas, memasak pun bersih saja dan cantik bersari,” puji Widia.
“Seronoknya, cikgu macam ibu. Bila kita masak untuk seseorang itu bermaksud kita sayang orang itu. Terbaik cikgu,” kata Alia.
“Cikgu Inthira dari dulu memang rajin buatkan tose, kirim salam Cikgu Inthira,” kata Mangah.
Sehingga kini, video berkenaan telah meraih lebih 600,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE
@saiful_adli80♬ original sound – Saiful Adli