fbpx

Penjaja jual 3 biji nanas hampir RM100 kepada pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan seorang penjaja memotong buah nanas di Hanoi. - Foto AFP

HANOI  – Pihak berkuasa Hanoi sedang menyiasat kesahihan rakaman video memaparkan dua pelancong asing dikenakan bayaran 500,000 dong (RM94.14) untuk  tiga biji buah nanas yang dijual oleh seorang penjaja, lapor portal berita tuoi tre news hari ini.

Video yang tersebar di platform media sosial menunjukkan dua pelancong asing wanita membeli tiga biji buah tersebut.

Bayaran itu dikenakan oleh penjaja tersebut, menyebabkan dua pelancong berkenaan bertengkar dengannya.

Menyaksikan pertengkaran mereka, seorang lelaki berhampiran mencelah untuk bertanyakan apa yang berlaku.

Apabila lelaki berkenaan bertanyakan harga tiga biji nanas itu, penjaja itu berkata, ia hanya berharga 50,000 dong (RM9.41) setiap sebiji.

Lelaki itu kemudian menggesa si penjual memulangkan kembali wang pelancong yang diambil dan dia akur kepada permintaan tersebut.

Selepas menerima balik wang 500,000 dong, kedua-dua pelancong itu tidak mengambil ketiga-tiga nanas itu, namun beredar meninggalkan penjaja tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI