fbpx

Rumah usang di halaman kondominium mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah pusaka milik keluarga Elis masih utuh sehingga kini. – MPI

JAKARTA –  Sebuah rumah usang berdiri teguh di tengah-tengah bangunan kondominium mewah di Jakarta Tengah selepas pemiliknya bertegas enggan menjual tanah pusaka peninggalan keluarga, lapor portal berita Okezone semalam.

Rumah itu terletak di Thamrin Executive Residence, Tanah Abang. Ia didiami pasangan warga emas, Elis dan Chairul Bahri.

Bahagian hadapan dan kanan rumah tersebut dihalang tembok kondominium, manakala belakangnya menghadap bangunan berkenaan.

Menurut laporan, rumah tersebut masih dipertahankan oleh Elis sehingga kini kerana ia merupakan harta pusaka keluarganya sejak zaman nenek moyang lagi.

Wanita itu juga dilahirkan, dibesarkan dan tinggal di rumah itu, menyebabkan dia enggan menjualnya kepada pihak pemaju meskipun ditawarkan pampasan sehingga berbilion-bilion rupiah.

Ketika projek pembangunan dimulakan sekitar tahun 2005 hingga 2010, Elis ditawarkan pampasan lebih 2 bilion rupiah (RM586,916) serta satu unit kondominium tersebut, namun wanita itu tetap dengan pendiriannya.

“Ketika projek pembangunan dilakukan, semua penduduk Kampung Kebon Melati telah berpindah kecuali Elis yang nekad untuk terus tinggal di situ,” kata seorang penduduk setempat dikenali sebagai  Rohman.

Menurut Rohman,  meskipun bangunan kediaman mewah itu ‘mengepung’ rumah Elis, penghuni kondominium  dan pihak pemaju tidak mempersoalkan keadaan itu.

“Mereka hidup dalam keadaan aman dan penghuni kondominium  juga tidak mengganggu (Elis),” kata Rohman. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI