SIAPA sangka aktres jelita Kiara Advani pernah bekerja sebagai seorang guru tadika sebelum bergelar pelakon popular.
Pelakon berusia 30 tahun itu mengakui pekerjaan tersebut mendedahkannya dengan psikologi kanak-kanak.
Tidak hairan, pengalaman berkenaan memberi kelebihan dalam kerjaya lakonan terutama membawakan sesuatu watak dalam filem.
Kiara yang memulakan debut menerusi filem berjudul Fugly pada 2014 mengakui teruja menggalas peranan sebagai guru tadika.
Peranan dalam Good Newwz bagai mengimbas memori pekerjaaan pertamanya.