fbpx

Kes demam campak meningkat hampir dua kali ganda di seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan seorang pelajar menerima suntikan vaksin di Iraq, April lalu. - AFP

BARCELONA – Bilangan kes demam campak di seluruh dunia meningkat hampir dua kali ganda dari tahun 2022 hingga 2023, kata seorang penyelidik sekali gus memberikan cabaran kepada sebilangan negara untuk mengekalkan status sifar campak, lapor saluran berita CNN semalam.

Dr. Patrick O’Connor daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, terdapat 171,153 kes demam campak yang dikesan di seluruh dunia pada 2022.

O’Connor turut berkata bahawa berdasarkan anggaran,  kira-kira 57 juta kematian dapat dielakkan menerusi kempen vaksinasi demam campak yang dilakukan antara tahun 2000 hingga 2022.

“Demam Campak adalah krisis antara banyak krisis,” katanya dalam pembentangan penyelidikan di Kongres Global ESCMID di Barcelona, Sepanyol.

Data sementara menunjukkan terdapat  321,582 kes demam campak untuk tahun  2023 dan lebih 94,000 setakat ini pada 2024 walaupun jumlah kes sebenar dipercayai lebih tinggi.

Hampir separuh daripada kes pada  tahun ini direkodkan di negara-negara  Eropah dengan insiden tertinggi berlaku di Azerbaijan, Kyrgyzstan dan Yemen.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit(CDC)  menyatakan,  sebanyak 128 kes demam campak dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) setakat Jumaat lalu.

Ia adalah angka tertinggi sejak 2019 di AS.

Demam campak  diisytiharkan berjaya dihapuskan di AS pada tahun 2000, manakala jangkitan campak di negara berkenaan berlaku dalam kalangan penduduk yang pulang dari luar negara, kata CDC. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI