fbpx

Masa untuk Aliff, Bella kembali menyatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIF kini kembali semula ke Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Hampir dua tahun terpisah dengan isteri dan anak tersayang, penyanyi yang juga pelakon Aliff Aziz akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya di Malaysia.

Berita kepulangannya dikongsikan ibu Aliff, Siti Hafiza menerusi Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Siti meluahkan rasa sedih dan berat hati untuk melepaskan penyanyi berumur 29 tahun itu kembali ke Kuala Lumpur, namun dia harus memahami tanggungjawab dan peranan anak lelakinya itu sebagai ketua keluarga.

““Hari di mana saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada anak saya. Alhamdullilah selepas hampir dua tahun akhirnya kembali ke Malaysia untuk bersama isteri dan anak-anak.

“Walaupun berat untuk mengucapkan selamat tinggal, kami faham tanggungjawab dia untuk bersama keluarga lebih penting,” tulis ibunya.

Pada masa sama, Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz turut memuat naik Instagram Story yang menunjukkan dirinya berada dalam pesawat dan tidak sabar untuk berjumpa anak-anak  serta isteri tercinta.

Terdahulu, Aliff dan Bella Astillah bernikah pada September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Kisah kontroversi rumah tangga kedua selebriti ini menarik perhatian peminat apabila Aliff dilaporkan beberapa kali curang sebelum mereka berdua mengambil keputusan untuk bercerai pada Mei tahun lalu dan kemudiannya rujuk semula pada April 2020.

September lalu, Aliff dijatuhi hukuman penjara dua minggu serta denda RM1,500 oleh Mahkamah Negara Singapura selepas mengaku bersalah atas kesalahan mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Kepulangan Aliff ke Kuala Lumpur kali ini sekali gus merupakan pertemuan kali pertama Aliff bersama bayi perempuannya selepas Bella selamat melahirkan anak kedua mereka 18 Julai lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI