fbpx

Punca kemalangan 11 kenderaan: MPV tiba-tiba perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan 11 buah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 261.9 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), dekat sini, petang semalam.

SEREMBAN – Gara-gara secara tiba-tiba memperlahankan kenderaan, 11 buah kenderaan terbabit kemalangan langgar belakang di Kilometer 261.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Utara) dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 3.15 petang itu, kemalangan membabitkan kereta jenis Nissan Serena, Proton Waja, tiga buah Toyota Vellfire, Honda Civic, Honda HRV, Nissan Slyph, Produa Alza, Honda CRV dan Toyota Avanza.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd. Rosli Ishak, berdasarkan siasatan, terdapat sebuah MPV yang dipandu seorang lelaki berumur 37 tahun dari arah Johor Bharu menuju ke arah Petaling Jaya, memandu di lorong kanan lebuh raya tersebut.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa memperlahankan kenderaan secara mengejut lalu menyebabkan 10 lagi kenderaan yang berada rapat di belakangnya gagal mengawal kenderaan sehinga masing-masing terlanggar belakang kenderaan-kenderaan yang terlibat.

“Pelanggaran menyebabkan seorang mangsa iaitu seorang wanita berumur 22 tahun yang juga penumpang kenderaan jenis Honda HR-V mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Rosli berkata, mangsa-mangsa lain di dalam 11 kenderaan yang terlibat kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI