fbpx

Ruhainies letak ‘LUSM’ pada profil Instagram, Sarah Yasmine amuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selepas meluahkan hasrat ingin bermaaf-maafan dengan Bella Astillah, Ruhainies dikecam apabila meletakkan akronim 'LUSM' di profil Instagram.

PETALING JAYA – Baru meluahkan hasrat untuk berdamai dengan Bella Astillah, pelakon sensasi Ruhainies terus menjadi bahan kecaman ramai apabila meletakkan akronim Love You So Much (LUSM) pada ruangan profil akaun Instagramnya.

Perkara itu disedari kekasih gelap penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine semalam yang memuat naik tangkap layar akaun Ruhainies dalam InstaStorynya.

“NRF 🤍 LUSM,” tulis Ruhainies pada bahagian profil Instagram.

Sarah yang berang dengan tindakan tersebut menyifatkan Ruhainies tidak mempunyai perasaan malu selepas semua kontroversi yang berlaku membabitkan dirinya termasuk isu tangkap khalwat dan konspirasi menjatuhkan Bella.

“Bella, Didi Astillah, di mana perasaan malu perempuan ini?

“Sekarang saya atau dia yang psiko, anda semua tolong beritahu saya?

“Dalam temu bual dia kata nak ini nak itu, nak berdamai tetapi ini sangat tidak tahu malu?” katanya berang.

Bukan sahaja Ruhainies, kakaknya, Risteena Munim turut memanaskan lagi keadaan apabila memuat naik fotonya dan meletakkan akronim LUSM.

“Tak tahu malu betul.

“Anda berdua kalau nak buat begini, jangan aku pula beri screenshots (tangkap layar) hari kejadian kes khalwat itu,” gertak Sarah.

LUSM merupakan antara akronim ‘romantis’ yang digunakan Aliff dan Ruhainies dalam perbualan WhatsApp mereka seperti didedahkan Sarah baru-baru ini sehingga tular serta menjadi bualan ramai.

Selain LUSM, LU (love you), MUSM (miss you so much) dan 143 (i love you) juga antara akronim yang terdapat dalam perbualan dua pelakon tersebut.

Terdahulu, Sarah mengejutkan industri hiburan apabila berani mendedahkan beberapa perbualan dipercayai di antara Aliff dengan wanita bernama NRF iaitu Ruhainies.

Menerusi pendedahan dilakukan Sarah, beberapa nama selebriti lain turut terheret dalam kemelut tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Meerqeen dan Anna Jobling.

Tidak cukup menyerang Ruhainies, Sarah turut mengejutkan ramai dengan mendedahkan Sophia Albarakbah masih berhubung menerusi Instagram dengan Aliff meskipun sebelum ini memberitahu hubungan mereka sudah berakhir.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Rentetan itu, Bella pada 11 Mac lalu memfailkan cerai terhadap Aliff namun pada sebutan kedua permohonan itu pada 4 April lalu, pelakon kelahiran Singapura itu enggan menceraikannya.

Aliff memberi alasan dia masih sayangkan Bella dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI