fbpx

‘Hormati undang-undang di negara ini’ – Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmmed keluar dari Mahkamah Sesyen di sini selepas didenda RM10,000 atas kesalahan nemberi rasuah kepada anggota imigresen November lalu.

KUALA LUMPUR – “Saya harap ambil peluang ini untuk ubah diri, kamu beruntung ada pertuduhan pilihan, kamu sudah tinggal lama dan mencari rezeki, kamu mesti hormati undang-undang negara ini dan jangan lakukan kesalahan lagi di masa hadapan,”.

Demikan nasihat Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi selepas menjatuhkan hukuman denda RM10,000 terhadap seorang lelaki warga Bangladesh Ahmmed Md. Rana ,37, yang ditahan dalam ‘Ops Selat’ atas pertuduhan memberi suapan kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk melepaskan rakan senegaranya tanpa tindakan undang-undang.

Terdahulu semasa prosiding Ahhmed mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Bangladesh.

Mengikut pertuduhan pilihan, Ahhmed didakwa secara rasuah telah memberikan suatu suapan berjumlah RM8,500 kepada seorang Pegawai Imigresen di Unit Kawalan Pintu Masuk Udara di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Wang suapan itu sebagai upah untuk melepaskan lapan warganegara Bangladesh pulang ke negara asal tanpa diambil tindakan undang-undang bagi kesalahan tinggal lebih masa di negara ini.

Kesalahan itu dilakukan dalam sebuah kereta di hadapan sebuah restoran di Presint 8, Putrajaya antara pukul 6.10 petang hingga 6.15 petang pada 16 November lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah seksyen dan kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh kerana kes yang dilakukan serius.

“Dalam kes ini, ia melibatkan jenayah persempadanan dan kedaulatan negara termasuk tindakan tertuduh sebagai warga asing telah memperjudikan keselamatan negara. Walaupun tinggal lama di negara ini tetapi tertuduh tidak menghormati undang-undang,” kata Mahadi.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman denda dan tidak dipenjarakan dengan alasan mempunyai tanggungan keluarga seorang isteri dan dua orang anak.

“Saya berjanji tidak akan buat lagi. Jika saya tahu ada kawan-kawan saya buat (rasuah) saya akan lapor pada pegawai,” katanya yang bekerja di kedai sayur.

Jumaat lalu, seorang warga Pakistan dipenjara selama 30 hari dan denda RM10,000 di Mahkamah Sesyen  selepas mengaku salah memberi suapan kepada pegawai imigresen atas kesalahan sama.K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI