fbpx

Belajar dari kelemahan lampau terkait budaya rasuah- Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara masih perlu belajar dari pengalaman dan kelemahan lampau terkait budaya rasuah yang sistemik serta jurang antara golongan miskin dan mahakaya yang masih melebar.

Anwar dalam satu hantaran berkata, kelemahan-kelemahan itu menjadi faktor mendorong Kerajaan Madani memberi tumpuan penuh terhadap usaha memperbaiki tatakelola dan tanggungjawab fiskal bagi memastikan rakyat Malaysia menikmati kemakmuran berpanjangan dan kualiti hidup yang lebih baik.

“Di hadapan pemimpin dunia dan perniagaan, saya turut berkongsi strategi dasar luar Malaysia yang berjaya membina hubungan yang baik serta mengimbangi pengaruh kuasa besar ekonomi dunia antara Amerika Syarikat dan China menerusi pendekatan bijaksana.

“Meskipun Malaysia amat mengalu-alukan pelaburan, namun kita tidak menggadaikan prinsip dan tegas dalam pendirian terkait isu geopolitik dunia,” katanya di sini hari ini.

Anwar berkata, Malaysia tidak tunduk pada provokasi, syarat dan tekanan semata-mata demi perjanjian perdagangan.

Terdahulu, Anwar memulakan hari pertama Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) hari ini dengan menghadiri sesi Pembukaan Pleno: Visi Baharu untuk Pembangunan Global selaku ahli panel bersama ketua-ketua negara dan pimpinan perniagaan dunia.

“Saya zahirkan penghargaan buat Kerajaan Arab Saudi yang mengadakan mesyuarat penting ini di tengah-tengah ketegangan geopolitik serantau.

“Arab Saudi juga semakin mendapat perhatian dunia, khususnya daripada negara-negara Islam apabila mula mengorak langkah menerajui aspek kemajuan, globalisasi, transformasi digital, dan peralihan tenaga,” ujarnya.

Dalam ucapannya, Anwar turut menyatakan betapa Malaysia sebuah negara yang bertuah dengan ekonomi yang kembali bertumbuh pesat serta menikmati keamanan dan kestabilan politik, ketimbang negara-negara lain yang masih berdepan kegawatan politik dan ekonomi yang kritikal. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI