fbpx

SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air yang disyaki telah melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya.

Difahamkan, ia membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan bernilai kira-kira RM300,000.

Menurut sumber, pemimpin berkenaan juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta yang mana syarikat-syarikat tersebut mempunyai kepentingan dengan anaknya.

Katanya, projek-projek tersebut juga dipercayai dimonopoli oleh anak pemimpin tersebut dengan menggunakan beberapa lesen syarikat-syarikat di bawah kawalannya.

“Kesalahan tersebut dipercayai dilakukan sejak Januari tahun lalu hingga Mac 2024 dan syarikat-syarikat tersebut turut disyaki telah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran matan palsu bagi kerja-kerja tersebut selain diberikan komisen kira-kira lima peratus daripada nilai projek.

“Setakat ini, sebanyak 15 buah syarikat telah dikenal pasti dikawal oleh anak pemimpin tersebut dan antara kerja-kerja yang dilakukan adalah melibatkan pembekalan air mineral serta pembekalan hamper dan cenderahati,” katanya.

Sementara itu, Ketua pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung perkara tersebut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI