fbpx

EPL: ‘Pelengkap’ musim kecewa Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH mengundang perhatian ramai apabila dilihat bertengkar dengan Klopp ketika Liverpool terikat menentang West Ham kelmarin. - AFP

LONDON – ‘Perang mulut’ melibatkan bintang Mesir, Mohamed Salah dan Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp seakan melengkapkan cerita duka buat kelab itu yang hampir pasti terpaksa melupakan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kedua-dua figura The Reds itu mengambil pendekatan ‘kunci mulut’ apabila enggan menjelaskan perkara sebenar di sebalik insiden yang berlaku ketika Liverpool terikat 2-2 menentang West Ham United kelmarin.

Bagaimanapun, komen yang dikeluarkan Salah mencetuskan bayangan yang akan meresahkan penyokong Liverpool, namun penyerang itu mengambil pendekatan tidak mengulas lebih lanjut.

“Jika saya bercakap, ia akan terus melarat,” kata Salah.

Pada aksi kelmarin, Liverpool sekali lagi dipalit kecewa apabila sekadar mampu seri 2-2 dengan West Ham United sekaligus menghakis harapan penyokong untuk menyaksikan kejuaraan terakhir buat Klopp.

Dua gol West Ham dihasilkan oleh Jarrod Bowen dan Michail Antonio manakala Andy Robertson meledak gol buat Liverpool diikuti jaringan sendiri penjaga gol The Hammers, Alphonse Areola.

“Kami perlu menang, namun tidak dapat realisasikannya dan sekarang kami masih ada masa untuk menyiapkan pasukan bagi harungi perlawanan selepas ini.

“Kami (Klopp dan Salah) bercakap dalam bilik persalinan dan bagi saya ia sudah pun selesai. Itulah (isu ini dianggap selesai) yang saya rasakan,” kata Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI