fbpx

Gunung Ibu meletus, penduduk diminta berjaga-jaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gunung Ibu meletus dan memuntahkan abu setinggi 3,500 meter ke udara. - BNPB

JAKARTA – Sebuah gunung berapi di timur Indonesia meletus tengah malam tadi dengan memuntahkan abu setinggi 3,500 meter ke udara, manakala pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai agar menjauhi kawasan sekitar. 

Gunung Ibu yang terletak di Pulau Halmahera, dalam wilayah Maluku Utara meletus pada pukul 12.37 tengah malam (waktu tempatan) dan membebaskan asap tebal serta abu ke puncak barat.   

“Kepada penduduk dan pelancong berhampiran Gunung Ibu, jangan lakukan sebarang aktiviti dalam radius dua kilometer (dari kawah),” kata pegawai di pos pemantauan Gunung Ibu, Axl Roeroe.

Paras amaran bagi gunung berapi setinggi 1,325 meter itu kekal pada tahap dua bagi sistem empat peringkat dan tiada perintah pemindahan penduduk selepas letusan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menggesa orang ramai untuk memakai pelitup muka dan cermin mata ketika melakukan aktiviti luar.

Indonesia merupakan sebuah negara kepulauan yang kerap mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik.

Awal bulan ini, Gunung Ruang di wilayah Sulawesi Utara meletus dan memaksa beribu-ribu orang berpindah. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI