fbpx

Danish tebus kecewa raih tempat kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANISH (kiri) bangkit daripada kekecewaan semalam bagi menamatkan perlumbaan 2 hari ini di kedudukan kedua.

KUALA LUMPUR – Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli menampilkan aksi cukup memberangsangkan apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di tempat kedua sebentar tadi.

Pada perlumbaan yang berlangsung di Litar Jerez itu, Danish memulakan perlumbaan di petak ketiga dan berjaya mengekalkan kedudukan dalam kelompok hadapan sebelum melintas garisan penamat sebagai pemenang tempat kedua.

Keputusan itu sekali gus menebus kekecewaan semalam apabila dia sekadar menamatkan perlumbaan 1 di tempat kesembilan biarpun sudah bermula di petak ketiga, sama seperti hari ini.

“Saya sangat gembira kerana dapat kembali ke podium. Dalam perlumbaan hari ini, saya sudah hampir untuk menjadi juara tetapi tidak mengapa kerana saya akan bekerja lebih keras dalam perlumbaan akan datang.

“Jentera juga menunjukkan prestasi cukup baik apabila dapat memecut laju tetapi perlumbaan tetap sukar. Saya cuba untuk uruskan perlumbaan dengan baik dan fokus ketika mengambil selekoh,” katanya selepas tamat perlumbaan.

Mengiringi Danish di podium hari ini adalah pelumba tuan rumah, Alvaro Carpe yang merupakan juara perlumbaan serta seorang lagi pelumba Sepanyol, Brian Uriarte di tempat ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI