fbpx

Pesara kerajaan rugi RM122,000 ditipu bomoh temberang dari China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PADAWAN – Akibat percaya dirinya bernasib malang, seorang wanita pesara kerajaan kerugian kira-kira RM122,000 selepas diperdaya oleh tiga bomoh warganegara China.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang berusia dalam lingkungan awal 60-an didatangi oleh tiga wanita China itu semasa berada di pasar tani Pekan Batu 10, Kota Padawan kira-kira pukul 6 pagi semalam.

Katanya, modus operandi suspek adalah meminta bantuan mangsa untuk mencari seorang lelaki bernama Akek yang dipercayai pengamal perubatan tradisional.

Menjelas lanjut, beliau berkata ketiga-tiga suspek kemudian mempelawa mangsa untuk pergi bersama-sama mendapatkan rawatan daripada Akek kerana mangsa dikatakan bernasib malang.

“Mangsa telah diarahkan untuk masuk ke dalam sebuah kenderaan dinaiki suspek sebelum suspek mengambil seutas rantai leher emas dan seutas rantai tangan emas yang dipakai mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Lim berkata, mangsa juga diarahkan mengambil barangan berharga miliknya yang disimpan di rumah untuk diserahkan kepada mereka bagi tujuan perubatan.

Selepas itu, katanya mangsa balik ke rumah dan mengambil wang tunai RM1,200, mata wang Yen 50,000 dan pelbagai barangan kemas lalu menyerahkan kepada suspek.

Beliau menambah, suspek kemudian memberikan satu beg berwarna merah berisi barangan kepada mangsa dan memberitahu syarat bahawa beg tersebut tidak boleh dibuka dalam tempoh sembilan hari.

Justeru, Lim berkata, mangsa hanya menyedari ditipu apabila membuka beg tersebut dan mendapati hanya mengandungi dua botol air mineral serta sebungkus garam sahaja.

Susulan itu, katanya mangsa tampil membuat laporan polis semalam untuk siasatan dan tindakan segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI