PETALING JAYA – Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila Nor Farah Ain Abdullah merangkul pingat emas dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey hari ini.
Farah Ain meraih kejayaan bersejarah itu selepas mengenepikan cabaran atlet Malta, Connie Nixon menerusi kemenangan straight-set 6-2, 6-3 di pentas final.
Menariknya, atlet berusia 23 tahun itu juga menyumbang pingat gangsa dalam acara berpasangan campuran bersama Izzat Shameer Dzulkeple selepas tewas 2-9, 3-11 kepada Ray Pearse dan Samantha Atkinson dari Australia di separuh akhir.
Izzat Shameer juga tidak kurang hebatnya apabila turut merangkul pingat perak menerusi acara individu lelaki apabila tewas 5-6, 3-9 kepada wakil tuan rumah, Jason Greenslade di pental final. – KOSMO! ONLINE