fbpx

Ambil peluang teroka industri hidrogen hijau – Sultan Mizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Mizan (dua dari kiri) menyampaikan Titah Diraja sempena majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan kerajaan negeri agar mengambil peluang meneroka industri hidrogen hijau yang berpotensi menjana pendapatan baharu lumayan.

Baginda bertitah, industri sumber tenaga hijau dan boleh diperbaharui berkenaan perlu diteroka bagi menjamin kemakmuran dan perkembangan ekonomi Terengganu yang berterusan.

“Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR) dijangka dapat membantu Malaysia meneroka pasaran hidrogren hijau global bernilai sekurang-kurangnya RM824 bilion menjelang tahun 2050.

“Kerajaan negeri perlu mengambil peluang menjadikan Terengganu sebagai peneraju utama dalam sumber tenaga hijau ini,” titah baginda pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu ke-62 di Istana Syarqiyyah di sini hari ini.

Sultan Mizan menitahkan kerajaan negeri Terengganu agar memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan dalam mencari mekanisme pengeluaran hidrogen hijau yang cekap serta mampan.

Justeru baginda bertitah, kerajaan negeri Terengganu perlu bekerjasama dengan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

“Untuk pembangunan infrastruktur yang diperlukan bagi pengeluaran, penyimpanan dan pengedaran hidrogen hijau, kerajaan negeri haruslah membuat kerjasama ini.

“Dengan usaha yang betul, Beta berkeyakinan kerajaan negeri mampu menarik pelaburan dari dalam dan luar negara membiayai pengeluaran hidrogen hijau,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI