fbpx

Piala Uber: Malaysia tewas aksi pembukaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIN WEI terpaksa akur tidak dapat menyumbang mata buat pasukan negara selepas tewas kepada Tzu Ying pada perlawanan pertama. - SABRI HASSAN/BAM

KUALA LUMPUR – Cabaran skuad badminton wanita negara pada kempen Piala Uber 2024 di Chengdu, China bermula tidak seperti diharapkan apabila tewas 1-4 kepada Taiwan dalam aksi Kumpulan B sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Hi-Tech Zone, Malaysia terpaksa akur dengan keputusan itu meskipun cuba memberikan tentangan sengit kepada pasukan pilihan tersebut.

Taiwan meraih mata pertama perlawanan menerusi bekas pemain No.1 dunia, Tai Tzu Ying yang berdepan tentangan sengit daripada Goh Jin Wei sebelum mencatat kemenangan 21-19, 22-20 dalam tempoh 33 minit.

Bagaimanapun, Malaysia kembali menyamakan kedudukan 1-1 apabila beregu utama, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing menampilkan aksi cukup meyakinkan dengan menewaskan Hsu Ya Ching-Lin Wan Ching 21-19, 21-17.

Hasrat skuad negara untuk mencuri mata kedua menerusi K. Letshanaa tidak tertunai apabila pemain berusia 21 tahun itu akur dengan kekalahan 21-13, 17-21, 16-21 selepas beraksi sengit menentang Hsu Wen Chi.

Pasukan lawan kemudiannya memastikan mata kemenangan menerusi aksi beregu kedua apabila Hu Ling Fang-Teng Chun Hsun menewaskan Ho Lo Ee-Tan Zhing Yi dalam aksi straight set 21-17, 21-11.

Kemudian, Wong Ling Ching yang turun sebagai perseorangan ketiga turut kempunan untuk menyumbang mata kepada pasukan negara apabila tewas 17-21, 20-22 kepada Sung Shuo Yun dalam tempoh 46 minit.

Malaysia sekali lagi dijangka berdepan cabaran sukar apabila dijadualkan turun menentang naib juara 2018, Thailand esok yang dianggap sebagai aksi penentuan sama ada ke suku akhir ataupun tidak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI