SHAH ALAM – Enam kawasan di daerah ini dan Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 10.30 malam ini.
Ini melibatkan Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 susulan kejadian paip pecah Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24 di sini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd, Elina Baseri memaklumkan kerja-kerja pembaikan paip itu dijangka siap pukul 8 pagi, esok.
“Bekalan air di kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya pukul 12 tengah hari, esok.
“Para pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat mengikut jarak premis dan tekanan air apabila bekalan air mula disalurkan setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Jelas beliau, lori-lori tangki air akan digerakkan bagi pengguna yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini. -K!ONLINE