fbpx

Anwar tiba di Riyadh malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar tiba di Riyadh malam tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh, Arab Saudi bersama delegasi Malaysia malam tadi.

Anwar berkata, beliau dijadualkan menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) selama dua hari sehingga Isnin.

“Saya disambut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan diiringi Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, serta Naib Menteri Hal Ehwal Luar Arab Saudi, Waleed A Elkhereiji.

“Insya-Allah bermula hari ini, saya bersama menteri-menteri kanan serta delegasi Malaysia yang lain akan menghadiri persidangan serta mengadakan beberapa pertemuan penting bersama pimpinan dunia dan ketua-ketua korporat global,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pertemuan dan persidangan itu antara lain akan menyentuh perkara-perkara terkait kepentingan negara.

“Bermula dengan sesi Plenari Pembukaan bertemakan Visi Baharu Pembangunan Global pagi ini di mana saya akan menyampaikan ucapan.

“Doakan kejayaan buat delegasi Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu serta berkongsi dasar dan hala tuju negara, di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin-pemimpin dunia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI