fbpx

Peminat durian kecewa harga lebih mahal tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan seorang penjual memotong buah durian di sebuah gerai di Bangkok. - Foto AFP

PATTAYA – Peminat durian di Thailand kecewa berikutan kenaikan harga raja buah itu pada tahun ini, didorong oleh persaingan sengit terutamanya dari pasaran China, lapor laman berita Pattaya Mail.

Kenaikan harga itu boleh dikaitkan dengan kutipan buah tersebut yang tertangguh akibat cuaca sejuk di wilayah seperti Trat, Chanthaburi dan Rayong. Ia mengakibatkan kelewatan selama sebulan berbanding tahun lepas.

Tambahan pula, persaingan yang semakin sengit antara peniaga China dan Thailand bagi durian dusun telah memburukkan lagi keadaan, didorong oleh permintaan yang semakin meningkat dari pembeli tempatan dan asing.

Pemilik Kedai Durian Ban Chan di Pattaya Selatan yang dikenali sebagai Dawut mendedahkan bahawa harga tahun ini adalah 20 hingga 30 peratus lebih tinggi daripada tahun lepas.

Dia berkata, durian yang mempunyai isi cantik mencecah 199 baht (RM25.62) sekilogram berbanding 159 baht (RM20.47) sebelum ini.

Selain itu, durian Thailand mewakili 70 peratus untuk eksport pasaran Asia Timur dengan kebanyakannya durian Gred A hingga C. Ia menyebabkan hanya tinggal 30 peratus untuk dijual di pasaran domestik. 

Peralihan itu meningkatkan lagi lonjakan harga buah durian pada tahun ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI