fbpx

Cliff Umar juarai GV7, bawa pulang RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cliff Umar

PUTRAJAYA – Selepas 10 minggu bertanding, penyanyi Cliff Umar membuat kejutan apabila dinobatkan sebagai juara program realiti, Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) selepas menewaskan enam finalis lain pada konsert akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebentar tadi.

Kejayaan tersebut sekali gus melayakkan Cliff atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph Abdullah, 38, pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Naib juara disandang oleh rocker hebat tanah air, Muss yang pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.

Mengambil semangat ‘villain’ Joker pada konsert akhir yang berlangsung sengit tersebut, Cliff menambat hati juri mendendangkan lagu I’d Do Anything For Love (duet bersama Noryn Aziz) sebelum seterusnya cemerlang pada segmen battle menerusi lagu Inilah Nasibku bersama Oja dan Muss.

Muss atau nama lengkapnya, Muss atau nama sebenarnya, Mustaffa Din, 52, juga tidak kurang hebatnya apabila menghadirkan persembahan memukau pada segmen medley menerusi lagu Mencintaimu (duet bersama Azharina) dan segmen battle.

Selesa berada di tempat ketiga, penyanyi kesayangan ramai, Ayu Damit menerima hadiah wang tunai RM30,000. Sementara tempat keempat diraih Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris yang pulang dengan hadiah wang tunai RM20,000.

Biarpun berada pada kedudukan tangga tiga tercorot iaitu kelima, keenam dan ketujuh, Linda Nanuwil, Oja dan Ashira masing-masing tidak pulang dengan tangan kosong.

Linda membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, sementara Oja RM10,000 dan Ashira pula sebanyak RM5,000.

Dikendalikan dua pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse, persembahan konsert akhir GV7 diadili tiga juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Syafinaz serta juri jemputan, Joe Flizzow. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI