fbpx

EPL: Guardiola akui keinginan pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY mengharungi jadual padat yang memenatkan, namun mereka masih bersemangat untuk mempertahankan gelaran. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui cukup teruja untuk mengharungi minggu-minggu terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam usaha mempertahankan kejuaraan menjelang aksi bertemu Nottingham Forest malam ini.

Menurut Guardiola, sudah pasti pasukannya agak kepenatan apabila mengharungi jadual yang cukup padat, tetapi dalam masa sama barisan pemain cukup fokus bagi meneruskan momentum kemenangan.

“Saya rasa kita berada dalam fasa semua pemain berada pada tahap kepenatan yang maksimum, tetapi ini adalah perkara yang normal apabila anda bersaing untuk merebutkan kejuaraan EPL.

“Kita sudah memiliki pengalaman apabila bergelar juara tiga kali berturut-turut, tetapi saya anggap situasi musim ini berbeza kerana ada ketika saya jangka kita sukar untuk mempertahankan trofi, tetapi pemain masih mampu lakukannya,” katanya.

Sementara itu, Guardiola mahu pasukannya tidak memandang rendah keupayaan Forest yang mampu memberikan kejutan kerana mereka terdesak untuk terus keluar daripada zon penyingkiran pada kempen musim ini.

“Saya jangkakan perlawanan yang sengit bakal diberikan oleh Forest dan mungkin kita boleh keciciran mata kerana kali terakhir kita beraksi di gelanggang lawan musim lalu pasukan meraih keputusan seri 1-1.

“Saya rasa kekuatan pasukan lawan adalah sokongan padu penyokong mereka dan saya harap pemain dapat serap tekanan tersebut agar mata maksimum dapat diraih.

“Selain itu, kita juga perlu waspada dengan ancaman jentera serangan lawan yang memiliki kualiti tersendiri terutama Callum Hudson Odoi yang agak konsisten sejak beberapa perlawanan lepas,” katanya. – AGENSI00

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI