fbpx

Gempar MPV terbakar depan sekolah rai jamuan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan MPV yang terbakar di hadapan SK Setia Alam, Shah Alam, hari ini. -Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!

SHAH ALAM – Suasana sambutan jamuan Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Alam di sini, bertukar kecoh apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapan jalan utama sekolah itu terbakar hari ini.

Kebakaran kira-kira pukul 1.30 petang itu turut terkena sebuah kenderaan lain yang berada di tepi jalan tersebut.

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Rashid, 39, berkata jalan di Persiaran Setia Prima ketika itu mengalami kesesakan kerana menunggu lampu isyarat.

“Tidak lama kemudian saya mendapati sebuah Toyota Alza dipandu seorang lelaki tiba-tiba terbakar sehingga menyebabkan pengguna lain panik.

“Pada waktu itu, pemandu sebuah Perodua Aruz yang berada dalam sekolah bagi jamuan hari raya dilihat segera berlari mengalihkan keretanya yang nyaris disambar api lebih teruk,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian.

Tinjauan mendapati ibu bapa pelajar turut mengalihkan kenderaan ke kawasan selamat dan laluan itu mengalami kesesakan teruk.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar ketika dihubungi berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bergegas ke lokasi kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan pukul 1.36 tengah hari.

“Kebakaran yang memusnahkan sepenuhnya Avanza itu bagaimanapun berjaya dikawal dan tiada kecederaan mangsa dilaporkan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI